Saturday, February 15, 2014

TRAVELOG NURIN KE THAILAND –PART 3 ( JUMAAT 13/12/2013)

Pagi ini saya terasa semacam terlalu lama tidur di Hotel, jam 5.00 pagi sudah terbangun. Baba saya memberitahu tentang masa Thai & Malaysia berbeza hampir satu jam, bermakna jam Malaysia sudah pukul 6.00 pagi waktu ini. Terus saya bangun dan solat Subuh bersama baba ,mama, Muiz bersama. Kami bertolak awal pagi hari ini, selepas sarapan pagi di Restoren Brahim (lagi) baba memandu ke Hatyai Cable Car yang terletak bersebelahan dengan Balai Polis Hatyai dikawasan berbukit. Satu perkara yang lucu berlaku pagi ini dimana baba bertanya seorang pengakap Thailand dalam bahasa Inggeris “ Where is Hatyai Cable Car”, ia membalas dengan menunjuk jari straight..straight & left. Nasib agak baik betul. Satu kelebihan orang Thai mereka bangga dengan bahasa ibunda mereka. Bayangkan baba sempat belajar bercakap Thai dengan Pakcik Nasir pemilik Brahim Restoren semasa makan malam “ Sa ba di mai- Apa khabar?” jawabnya “ Sa Bai Di- Khabar baik”. Habis semua orang disapa baba saya dan adik saya juga turut sama. Untuk ke Stesyen kereta kabel , kami terpaksa memandu pada laluan bukit umpama kita ke Genting Highland kalau berada di Malaysia. Permandangan di kaki stesyen kabel ini, nyaman dan berangin sepoi-sepoi bahasa. Terdapat patung Buddha yang besar dipinggir stesyen ini. Kami sekeluarga sempat bergambar kenangan sebelum menaiki kereta kabel ke bukit bersebelahan. Dari aras ketinggian ini kami dapat melihat pemandangan laut Songkhla dan Bandar Hatyai yang luas. Jam 11, kami sudah berada di Bukit Hatyai sambil mengambil gambar kenangan di atas sana. Destinasi seterusnya, kami bertolak ke Pusat Pemuliharaan Gajah iaitu “Chang Puak Hatyai”, sekitar jam 2 petang kami tiba dengan selamat. Tempat ini terkenal dengan gajah yang amat jinak, para pengunjung boleh memberi makan gajah-gajah yang terlalu jinak dengan kadar bayaran yang amat murah. Dengan hanya membuat bayaran sebanyak 100 Bath kami dapat memberi makan gajah–gajah tersebut dengan sebakul pisang. Adik saya Muiz terjerit-jerit apabila disentuh oleh belalai gajah dan saya beberapa kali terlompat kerana terkejut dibelai belali gajah yang panjang itu. Ini merupakan pengalaman terlalu berharga buat saya sekeluarga. Jam 3.00 petang babaku membawa kami ke Songkhla, dan singgah sebentar di TESCO Hatyai, untuk makan tengahari di gerai nasi ayam muslim. Nasi ayam kami dihidangkan dengan pelbagai jenis sambal yang boleh ditambah-tambah. Rasanya sangat enak, apatah lagi nasi ditanak menggunakan beras siam wangi. Harum dan menyelerakan. Muiz siap tambah nasi lagi. Paling menarik tempat makan untuk orang Islam di sini diasingkan, termasuk pinggan –mangkuk serta sudu garfu, memang khas untuk orang islam sahaja. Almaklumlah kat Hatyai ni , ba alif ba ya tu merata-rata tempat terhidang. Sabar aja lah kata baba saya. Lepas makan kami Solat Jamak Taqdim di Surau Tesco Hatyai, bilik solat dan tempat wuduk bersih sangat , agak-agak kenapa ya?..Betul , orang Islam tidak ramai di Hatyai. Jam 4 petang kami sudah di sekitar kawasan peranginan Songkhla iaitu Pantai Samila “ Samila Beach” . Kawasan tumpuan ialah Kepala Naga Samila, Tugu Kuching dan Tikus serta Tugu Duyung. Baba sempat membeli buah mempelam yang ditabur asam serbuk yang sangat manis beserta aiskrim sebagai minum petang. Mama dan baba sempat beramah mesra dengan para pelawat dari Kedah.
Sekitar jam 6 petang , babaku memandu kami ke satu destinasi yang terbaik dan ternanti-nanti dek kami keluarga iaitu ke Pasar Terapung “klong hae FLOATING MARKET!!!. Baba mengikuti bas pelancong dari Kedah supaya tidak tersesat kerana hari sudah petang. Alhamdulillah apabila tiba di Pasar ini, saya terasa seronok dan teruja kerana tempatnya yang cantik dan unik. Terdapat para peniaga Muslim yang menjual makanan di atas perahu yang terapung-apung di dalam sungai Songkhla. Mama saya mengambil kesempatan ini untuk membeli jajan , cenderamata serta asam jeruk yang pelbagaiserta sangat murah, untuk buah tangan kawan-kawan dan jiran-jiran.
Saya dan adik Muiz pula berpeluang membeli dan beraktiviti di sepanjang pinggir sungai dengan membeli nasi beriani ,nasi lemak dan yang paling saya suka ialah membeli minuman di dalam bekas tembikar tanah .
Bekas –bekas ini boleh dibawa terus pulang. Baba pula terserempak dengan kawan baik dari sekolah asrama beliau semasa belajar di Alawiyah Arau, jejak kasih katanya.
Menarik di pasar terapung ini, surau disediakan untuk pelancong muslim dimana kami sekeluarga solat Maghrib dan Isyak di situ, para peniaga pula bergilir-gilir solat sambil rakan sebelah menjaga perahu kalau-kalau ada pembeli makanan ingin membeli. Satu pemandangan yang amat baik dan akhlak terpuji telah saya pelajari di sini.
\ Sekitar jam 10 malam, perut sudah kenyang hati sudah senang, barangan sudah penuh ditangan, kami pulang kepenatan tetapi dengan hati yang puas serta gembira bukan kepalang. Saat tiba di kawasan Hotel, kami sempat melalui Jalan Pasar Kain SANTISUK & YONG DEE MARKET dimana kami tidak sempat singgah kerana terlalu penat . Saya sempat berbual-bual dengan baba kalau-kalau sempat jam 11 malam ingin ke pasar kain tadi, tapi kami berdua tidur sehingga pagi.

TRAVELOG NURIN KE THAILAND –PART 4 ( SABTU 14/12/2013)

TRAVELOG NURIN KE THAILAND –PART 4 ( SABTU 14/12/2013) Pagi-pagi lagi , saya bertanya baba dan mama “ pergi ke pasar kain tak semalam?”, jawab baba-“kita semua tidur terkapaq (bahasa Kedah- tidur mati) tak sedar semua. Pagi ini baba pergi belikan sarapan bersama Muiz , mencari roti canai dan teh panas. Alhamdulillah saya dan mama berehat dulu sambil kemas segala barangan dibeli beserta pakaian yang sudah dipakai. Sedar tak sedar rupanya hari ini hari terakhir saya berada di NegeriThailand ini, terasa macam sudah sekejap di sini. Baru 3 hari 2 malam sudah hendak balik ke Malaysia, mungkin sebab jadual baba buatkan memang padat dan seronok sangat kut. Jam 10.20 pagi kami “check-out” hotel dan sempat bergambar di hadapan pintu hotel.
Selepas mengambil passport antarabangsa, kami bertolak ke destinasi menarik dan cantik iaitu Muslim Food Court , Hatyai Muncipal Garden dan Ice Dome (ditutup untuk selenggara), cuma dapat mengambil gambar kenangan dan bersiar-siar di taman yang penuh dengan warna-warni lampu kanvas yang cantik , lagi-lagi di waktu malam.
Seterusnya , jam 12 tengahari kami singgah melawat Hatyai Carnival Shopping Mall yang baru dibuka pada hari ini. Berlaku kesesakan yang amat sangat kerana ini adalah Shopping Mall terbesar di Selatan Thai yang dibuka secara rasmi. Kata baba, alang-alang sudah berada di sini, jom kita singgah. Mall ini semacam KLCC & Setia Alam Mall di Shah Alam di Malaysia dimana terdapat gedung pakaian dan kedai barangan berjenama sperti Gucci, Nike, Adidas, Adda shope, Levis , Mark Spencer ,Louis Vuitton & Mitchel Karl macam-macam la. Seronok tengok orang selatan Thai berpusu-pusu kesini.
Perut mula berbunyi niat saya sekeluarga hendak makan di atas Mall ni, tetapi terpaksa keluar sgera kerana terlalu ramai orang. Jam 3 kami mencari Restoren Kelantan seafood, Alhamdulillah berjumpa jua akhirnya di sebelah menyebelah dengan kawasan uptown Lee Garden . Ya Allah syukur sedap sungguh hidangan tengahari ini.
Selesai makan kami sekeluarga bertolak untuk pulang ke Malaysia, kali ini baba membawa kami keluar dari Thailand melalui pintu sempadan Padang Besar Perlis. Kami singgah di Komplek Dagangan Padang Besar di mana kami solat Asar dan mama siap borong beras dan makanan mentah serta serba sedikit keperluan dapur. Kami solat Maghrib dan Insya’ di Masjid Syed Alwi Kangar Perlis bermakna hamper semua negeri sudah saya lawati dan malam ini kami bermalam di Hotel Mak Ngah Durrah kata baba. Esok pagi iaitu Ahad 15 Disember 2014 kami akan bertolak balik ke Selangor… Amacam sahabat semua? adventure kan keluarga saya ni. Apa pun dan di mana kita berada hargai & syukuri nikmat Allah dan sentiasa menambah nilai kehidupan.. Jumpa lagi di cuti saya yang akan DATANG 2014..Bye-Bye

Sunday, March 18, 2012

SEEFOOD -SABTU 10/03/2012

Saya dan Muiz telah dibawa oleh Mama & Baba saya menonton MOVIE SEEFOOD ...best giler start pukul 3.30-5.30 petang...gambar shooting yang amat cantik...

Sunday, July 10, 2011

TRANSFORMERS @ 09/11/2011 SABTU 11.30 PAGI

Best sangat tengok TRANSFORMERS ....Terima Kasih Baba & Mama