Monday, May 4, 2015

MRSM ULUL ALBAB GEMENCEH 2015 -VISI MELAHIRKAN SEORANG HAFIZAH DALAM KELUARGAKU


Alhamdulillah , akhirnya doa kami sekeluarga untuk kakak Nurin dimakbulkan, maka tercipta sejarah dimana lahir sebutir permata Huffaz dari keluarga SHAH BINA & ALWARDAH...Ya Allah jadikan anakanda kedua-dua kami ia permata-pertama yang mengamalkan agama serta berakhlak mulia...

KEHADIRAN TAHUN 2015 & FASA BARU NURIN MUIZ

Assalamualaikum...tahun 2015 berlari begitu pantas , sehingga ketinggalan untuk mencoret catatan bagi kedua-dua anakanda ini. Desember 2014-Januari 2015- kesibukan mengurus permohonan Nurin untuk ke sekolah menengah agama berasrama penuh. Pilihan yang dinantikan ialah 1) Rabu 7 pagi -17/12/2015 detik yang dinantikan Nurin Alifah diinterbiu untuk kemasukan MRSM Ulul Albab Gemencheh negeri Sembilan.Kami sangat bertuah kerana kakak Nurin turut diiringi bersama atuk Haji Dolhalit...terima kasih ayahanda mertuaku
2) Pilihan kedua pada awal Januari 2015 sedia mengambil tawaran dan menempatkan kakak sementara menunggu MRSM di sekolah yang ditawarkan secara langsung oleh Kerajaan Negeri Selangor ke Sekolah Agama Bestari Subang Jaya (SAMBEST) ...No. 1 di Selangor Alhamdulillah

Saturday, February 15, 2014

TRAVELOG NURIN & MUIZ KE THAILAND –PART 1 (RABU 11/12/2013)

Setiap orang menginginkan saat percutian yang indah bersama keluarga Begitu juga saya , saya sering mendambakan percutian-percutian yang indah dan penuh memori yang tidak dapat dilupakan bersama keluarga tercinta di Negara orang bak kata pepatah “ jauh perjalanan luas pemandangan”. Pada cuti persekolahan akhir tahun 2013, merupakan detik-detik manis kami sekeluarga apabila baba dan mama kami membawa saya serta adik kesayangan Muiz ke Negara Thailand . Tarikh 11 Disember 2013 hari Rabu jam 11.00 malam ,bermulalah perjalanan percutian kami ke Hatyai & Songkla di Thailand. Baba memilih perjalanan disebelah malam dari Sungai Buloh Selangor melalui Lebuhraya Utara & Selatan (PLUS) menuju ke Bukit Kayu Hitam iaitu sempadan Thailand. Perjalanan selama 7 jam tidak dirasai, masakan tidak Van Suzuki APV telah diubah suai oleh baba menjadi umpama katil buat kami berdua.

TRAVELOG NURIN KE THAILAND –PART 2 (KHAMIS 12/12/2013)

Jam 6 pagi, saya dan adik dikejutkan oleh baba dan mama untuk solat Subuh, mandi dan sarapan di perhentian R&R Gurun . Barulah saya terperasan bahawa kami sekeluarga sudah berada di Kedah rupanya. Bermakna semakin hamper ke sempadan, perasaan teruja tidak terkira diwaktu itu.
Setelah bersiap-siap dan bersarapan di R&R Gurun, kami meneruskan perjalanan ke Bukit Kayu Hitam dan berhenti sebentar di Pusat Insuran Thailand di Bandar Changlun untuk membeli insuran kenderan Thailand. Menurut babaku, sekiranya tiada insuran kereta versi Thailand, kenderan tidak dibenarkan masuk ke Thailand.
Setelah itu jam 10 pagi,kami tbai di Bukit Kayu Hitam iaitu Sempadan Thailand dan melepasi Pusat Pengesahan Kastam Malaysia serta meneruskan perjalanan ke Bandar Danok (Sadoa) di mana baba berhenti untuk penukaran wang Ringgit Malaysia ke Matawang Bath , kami sempat bersiar-siar di Danok. Kami melihat banyak tempat yang belum pernah kami lawati sebelum ini.
Selepas itu, lebih kurang dua jam (kira-kira jam 12 tengahari) perjalanan melalui lebuhraya yang cantik, kami tiba di Bandar Hatyai yang menarik. Sejurus itu, kami mendaftar masukke sebuah Hotel yang besar dikenali dengan nama Hatyai Central Hotel.
Perkara yang amat saya sukai terhadap hotel ini, harganya sederhana tetapi bilik air cantik dan mempunyai tiub mandi”bath tab”. Bolehlah saya berendam lama-lama. Petang itu baba mengambil keputusan untuk berehat oleh kerana terlalu penat memandu.
Tepat jam 5.00 petang kami keluar dari hotel untuk makan-makan dan bersiar sekitar Bandar Hatyai . Menariknya, pengangkutan awam di sini dikenali “Tuk-tuK” di mana kereta separuh badannya adalah umpama lori berbumbung. Saya selalu tersenyum apabila teringat kereta tuk-tuk ini.
Tempat pertama kami lawati ialah Lee Garden Shopping Complex, dimana terdapat jualan kasut berjenama serta Mc Donald bertulisan Thai, baba sempat berseloroh dengan bertanya “ Nak makan Mc Donald Thailand?, saya bertanya adakah ada sijil Halal ke? Baba hanya berkata- tak pasti, jom cari kedai makan halal. Akhirnya terjumpa kedai makan Brahim Restoren Seafood..Sedap masakannya.
Waktu malam kira-kira jam 9.00 selepas makan malam, kami berhenti di satu kawasan dikenali Greenway Shopping Centre yang merupakan pusat jualan pakaian , aksesori hiasan, beg, jam tangan kasut dan pelbagai barangan yang cantik serta menarik dihasilkan oleh penduduk tempatan Thailand. Baba membelikan saya dan adik Muiz jam tangan berjenama serta cenderamata untuk rakan-rakan sekolah saya.
Balik terus ..?

TRAVELOG NURIN KE THAILAND –PART 3 ( JUMAAT 13/12/2013)

Pagi ini saya terasa semacam terlalu lama tidur di Hotel, jam 5.00 pagi sudah terbangun. Baba saya memberitahu tentang masa Thai & Malaysia berbeza hampir satu jam, bermakna jam Malaysia sudah pukul 6.00 pagi waktu ini. Terus saya bangun dan solat Subuh bersama baba ,mama, Muiz bersama. Kami bertolak awal pagi hari ini, selepas sarapan pagi di Restoren Brahim (lagi) baba memandu ke Hatyai Cable Car yang terletak bersebelahan dengan Balai Polis Hatyai dikawasan berbukit. Satu perkara yang lucu berlaku pagi ini dimana baba bertanya seorang pengakap Thailand dalam bahasa Inggeris “ Where is Hatyai Cable Car”, ia membalas dengan menunjuk jari straight..straight & left. Nasib agak baik betul. Satu kelebihan orang Thai mereka bangga dengan bahasa ibunda mereka. Bayangkan baba sempat belajar bercakap Thai dengan Pakcik Nasir pemilik Brahim Restoren semasa makan malam “ Sa ba di mai- Apa khabar?” jawabnya “ Sa Bai Di- Khabar baik”. Habis semua orang disapa baba saya dan adik saya juga turut sama. Untuk ke Stesyen kereta kabel , kami terpaksa memandu pada laluan bukit umpama kita ke Genting Highland kalau berada di Malaysia. Permandangan di kaki stesyen kabel ini, nyaman dan berangin sepoi-sepoi bahasa. Terdapat patung Buddha yang besar dipinggir stesyen ini. Kami sekeluarga sempat bergambar kenangan sebelum menaiki kereta kabel ke bukit bersebelahan. Dari aras ketinggian ini kami dapat melihat pemandangan laut Songkhla dan Bandar Hatyai yang luas. Jam 11, kami sudah berada di Bukit Hatyai sambil mengambil gambar kenangan di atas sana. Destinasi seterusnya, kami bertolak ke Pusat Pemuliharaan Gajah iaitu “Chang Puak Hatyai”, sekitar jam 2 petang kami tiba dengan selamat. Tempat ini terkenal dengan gajah yang amat jinak, para pengunjung boleh memberi makan gajah-gajah yang terlalu jinak dengan kadar bayaran yang amat murah. Dengan hanya membuat bayaran sebanyak 100 Bath kami dapat memberi makan gajah–gajah tersebut dengan sebakul pisang. Adik saya Muiz terjerit-jerit apabila disentuh oleh belalai gajah dan saya beberapa kali terlompat kerana terkejut dibelai belali gajah yang panjang itu. Ini merupakan pengalaman terlalu berharga buat saya sekeluarga. Jam 3.00 petang babaku membawa kami ke Songkhla, dan singgah sebentar di TESCO Hatyai, untuk makan tengahari di gerai nasi ayam muslim. Nasi ayam kami dihidangkan dengan pelbagai jenis sambal yang boleh ditambah-tambah. Rasanya sangat enak, apatah lagi nasi ditanak menggunakan beras siam wangi. Harum dan menyelerakan. Muiz siap tambah nasi lagi. Paling menarik tempat makan untuk orang Islam di sini diasingkan, termasuk pinggan –mangkuk serta sudu garfu, memang khas untuk orang islam sahaja. Almaklumlah kat Hatyai ni , ba alif ba ya tu merata-rata tempat terhidang. Sabar aja lah kata baba saya. Lepas makan kami Solat Jamak Taqdim di Surau Tesco Hatyai, bilik solat dan tempat wuduk bersih sangat , agak-agak kenapa ya?..Betul , orang Islam tidak ramai di Hatyai. Jam 4 petang kami sudah di sekitar kawasan peranginan Songkhla iaitu Pantai Samila “ Samila Beach” . Kawasan tumpuan ialah Kepala Naga Samila, Tugu Kuching dan Tikus serta Tugu Duyung. Baba sempat membeli buah mempelam yang ditabur asam serbuk yang sangat manis beserta aiskrim sebagai minum petang. Mama dan baba sempat beramah mesra dengan para pelawat dari Kedah.
Sekitar jam 6 petang , babaku memandu kami ke satu destinasi yang terbaik dan ternanti-nanti dek kami keluarga iaitu ke Pasar Terapung “klong hae FLOATING MARKET!!!. Baba mengikuti bas pelancong dari Kedah supaya tidak tersesat kerana hari sudah petang. Alhamdulillah apabila tiba di Pasar ini, saya terasa seronok dan teruja kerana tempatnya yang cantik dan unik. Terdapat para peniaga Muslim yang menjual makanan di atas perahu yang terapung-apung di dalam sungai Songkhla. Mama saya mengambil kesempatan ini untuk membeli jajan , cenderamata serta asam jeruk yang pelbagaiserta sangat murah, untuk buah tangan kawan-kawan dan jiran-jiran.
Saya dan adik Muiz pula berpeluang membeli dan beraktiviti di sepanjang pinggir sungai dengan membeli nasi beriani ,nasi lemak dan yang paling saya suka ialah membeli minuman di dalam bekas tembikar tanah .
Bekas –bekas ini boleh dibawa terus pulang. Baba pula terserempak dengan kawan baik dari sekolah asrama beliau semasa belajar di Alawiyah Arau, jejak kasih katanya.
Menarik di pasar terapung ini, surau disediakan untuk pelancong muslim dimana kami sekeluarga solat Maghrib dan Isyak di situ, para peniaga pula bergilir-gilir solat sambil rakan sebelah menjaga perahu kalau-kalau ada pembeli makanan ingin membeli. Satu pemandangan yang amat baik dan akhlak terpuji telah saya pelajari di sini.
\ Sekitar jam 10 malam, perut sudah kenyang hati sudah senang, barangan sudah penuh ditangan, kami pulang kepenatan tetapi dengan hati yang puas serta gembira bukan kepalang. Saat tiba di kawasan Hotel, kami sempat melalui Jalan Pasar Kain SANTISUK & YONG DEE MARKET dimana kami tidak sempat singgah kerana terlalu penat . Saya sempat berbual-bual dengan baba kalau-kalau sempat jam 11 malam ingin ke pasar kain tadi, tapi kami berdua tidur sehingga pagi.