Saturday, February 15, 2014

TRAVELOG NURIN KE THAILAND –PART 2 (KHAMIS 12/12/2013)

Jam 6 pagi, saya dan adik dikejutkan oleh baba dan mama untuk solat Subuh, mandi dan sarapan di perhentian R&R Gurun . Barulah saya terperasan bahawa kami sekeluarga sudah berada di Kedah rupanya. Bermakna semakin hamper ke sempadan, perasaan teruja tidak terkira diwaktu itu.
Setelah bersiap-siap dan bersarapan di R&R Gurun, kami meneruskan perjalanan ke Bukit Kayu Hitam dan berhenti sebentar di Pusat Insuran Thailand di Bandar Changlun untuk membeli insuran kenderan Thailand. Menurut babaku, sekiranya tiada insuran kereta versi Thailand, kenderan tidak dibenarkan masuk ke Thailand.
Setelah itu jam 10 pagi,kami tbai di Bukit Kayu Hitam iaitu Sempadan Thailand dan melepasi Pusat Pengesahan Kastam Malaysia serta meneruskan perjalanan ke Bandar Danok (Sadoa) di mana baba berhenti untuk penukaran wang Ringgit Malaysia ke Matawang Bath , kami sempat bersiar-siar di Danok. Kami melihat banyak tempat yang belum pernah kami lawati sebelum ini.
Selepas itu, lebih kurang dua jam (kira-kira jam 12 tengahari) perjalanan melalui lebuhraya yang cantik, kami tiba di Bandar Hatyai yang menarik. Sejurus itu, kami mendaftar masukke sebuah Hotel yang besar dikenali dengan nama Hatyai Central Hotel.
Perkara yang amat saya sukai terhadap hotel ini, harganya sederhana tetapi bilik air cantik dan mempunyai tiub mandi”bath tab”. Bolehlah saya berendam lama-lama. Petang itu baba mengambil keputusan untuk berehat oleh kerana terlalu penat memandu.
Tepat jam 5.00 petang kami keluar dari hotel untuk makan-makan dan bersiar sekitar Bandar Hatyai . Menariknya, pengangkutan awam di sini dikenali “Tuk-tuK” di mana kereta separuh badannya adalah umpama lori berbumbung. Saya selalu tersenyum apabila teringat kereta tuk-tuk ini.
Tempat pertama kami lawati ialah Lee Garden Shopping Complex, dimana terdapat jualan kasut berjenama serta Mc Donald bertulisan Thai, baba sempat berseloroh dengan bertanya “ Nak makan Mc Donald Thailand?, saya bertanya adakah ada sijil Halal ke? Baba hanya berkata- tak pasti, jom cari kedai makan halal. Akhirnya terjumpa kedai makan Brahim Restoren Seafood..Sedap masakannya.
Waktu malam kira-kira jam 9.00 selepas makan malam, kami berhenti di satu kawasan dikenali Greenway Shopping Centre yang merupakan pusat jualan pakaian , aksesori hiasan, beg, jam tangan kasut dan pelbagai barangan yang cantik serta menarik dihasilkan oleh penduduk tempatan Thailand. Baba membelikan saya dan adik Muiz jam tangan berjenama serta cenderamata untuk rakan-rakan sekolah saya.
Balik terus ..?

No comments: